Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

UNTUK TEMPAHAN DAN PERTANYAAN

No Tel :
016-6895763 - Encik Subani

E-mail
airmanishomestay@yahoo.com

Wednesday, January 25, 2012

Percutian Desa Bersama Keluarga @ Homestay Air Manis


Terima kasih kepada beberapa buah keluarga yang telah menghabiskan percutian di Homestay Air Manis pada cuti CNY baru-baru ini...pelbagai aktiviti rekseasi ala kampung yang telah mereka lakukan. Terutama bagi anak-anak yang baru pertama kali mencuba. Bagi ibubapa dan datuk neneknya pula, semua ini menggamit memori zaman kanak-kanak mereka dahulu. Terima kasih kami ucapkan.Harap anda semua berpuas hati dengan hospitaliti yang kami sediakan...

 
Ini namanya "menangguk di air yang keruh" hehehe...

Menjeling-menjeling ku bertentang...mata kita sama memandang... hehe..si kecil ni pun nak mandi berkubang..

 
Jirus die!!!
Dayung sampan...dayung dayung sampan...

Inilah aktiviti kegemaran ramai...Memancing...
Dapat ikan besar-besar!

Sementara tu ada keluarga lain sedang menggagau ikan keli di kolam cetek...

Aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. 
Tetapi kali ini dalam suasana yang berbeza.

Terus menggagau ikan dalam kedamaian suasana desa yang permai...

Merekapun nak mendayung sampan juga...

Gelagat anak-anak kecil...Tangguk ikan ye, dik???


Adik ni seronok sangat....First time katanye...


Membina istana lumpur


Aktiviti menggagau ikan dah bertukar menjadi aktiviti berkubang...


Aktiviti sebelah malam pula. Selepas disajikan dengan Nasi Ambeng, HOMESTAY AIR MANIS membuat kejutan sempena ulangtahun perkahwinan ke 16 bagi Encik Yusuf (Guru Penolong Kanan SMK Jasin, Melaka) dan isteri. Persandingan kali kedua selepas 16 tahun. Kali ini anak-anak jadi pengapit dan pasukan kompang mereka. Selamat ulangtahun kami ucapkan. Semoga terus bahagia selama-lamanya.


Persandingan semula. Anak-anak sebagai pengapit.

Acara menepung tawar oleh ibu dan bapa mertua

Bergambar bersama ibu dan bapa mertua serta anak-anak

Encik Yusuf menyampaikan lagu khas buat isteri tercinta.

Gambar sebelum mereka pulang. Selamat jalan kami ucapkan...
Semoga kita akan bertemu lagi.


Mereka sudah sampai ke HOMESTAY AIR MANIS. Anda bila lagi?????



HUBUNGI KAMI : 
03-32161696 (Pejabat)
016-6895763 (Encik Subani)
016-6264971 ( Aini)

No comments: